BEZA SUBSALE & LELONG


 SUBSALE
1. Beli rumah subsale below market boleh dapat cash back.

LELONG
1. Beli rumah lelong below market, boleh terus jual dan dapat untung.

Mana-mana pon tetap untung as long as kita boleh beli below market. Beza antara dua cara di atas ialah, cara pertama beli je dah dapat cash. Jual dapat lagi cash..




5 LANGKAH SEBELUM BELI RUMAH




1. SEMAK LOAN. 
Check dulu kelayakan loan. Minta tolong banker atau ejen hartanah anda. Mereka boleh kirakan Debt Service Ratio (DSR) for FREE. Maklumat yg diperlukan income dan tanggungan kewangan anda. Selain dari bayaran bulanan dari kiraan ini anda juga boleh tahu berapa HARGA RUMAH yg layak anda beli.

2. SEMAK BLACKLIST. 
Pergi Bank Negara @ cawangan utk semak CCRIS. Hanya bawa IC dan cap jari anda. Utk semakan CTOS boleh download apps CTOS di Google Playstore. FREE je ni semua.
Jika CCRIS & CTOS tak cantik. Perbaiki dulu rekod kewangan anda. Ambil nasihat banker.

3. SEDIAKAN BUDGET. 
Dah tahu berapa harga rumah step seterusnya deposit & kos. Budget yg kena adalah minima 10% dari harga rumah.

4. PILIH LOKASI & RUMAH. 
Tetapkan lokasi dan match dgn harga rumah yg layak.
Ukur baju badan sendiri. Jika anda layak harga yg mahal bolehlah pilih jenis rumah yg besar. Jika harga murah belilah jenis rumah yg murah.

Jalan mudah. Minta bantuan Ejen Hartanah utk matchkan diaorg ada stok banyak.

5. SEMAK HARGA RUMAH. 
Check NILAI PASARAN semasa yg hendak dibeli. Asking price yg ditawarkan di pasaran selalunya atas sedikit dari Nilai Pasaran. Ini kerana utk ruang utk negotiation.
Harga rumah yg dibeli seharusnya pada Harga Pasaran. Elak sindrom harga berangan.


‪#‎TipsHartanah‬